| | PERTANDINGAN KUIZ PELABURAN PNB | | | Pertandingan ini merupakan program hiburdidik berbentuk kuiz. Ia terbahagi kepada empat kategori iaitu Sekolah Menengah, Universiti, Badan Beruniform dan Institut Pendidikan Guru (IPG). Bagi kategori pertama & kedua ia telah diperkenalkan pada tahun 2001 manakala kategori ketiga telah bermula pada tahun 2003. Kategori IPG di perkenalkan pada tahun 2009. Setiap kategori masing-masing terbuka kepada pelajar sekolah menengah harian bagi pelajar tingkatan 4 & 5, pelajar universiti, anggota beruniform pelbagai pangkat dan guru-guru pelatih. | | | OBJEKTIF | | | -
Memberi pendedahan & pendidikan mengenai perkaitan antara risiko & pulangan dari pelaburan dengan berteraskan pelaburan jangka panjang untuk strategi jangka panjang; dan -
Menguji pengetahuan tentang isu-isu, istilah dan perkembangan semasa dunia pelaburan, ekonomi dan kewangan di samping menekankan manfaat menyimpan & melabur dan kepentingannya dalam perancangan kewangan peribadi & keluarga. | | PENGANJUR | | | | Program tahunan ini dianjurkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan dikelolakan oleh Unit Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) di bawah Jabatan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan badan-badan beruniform yang bertanding. | | | | NILAI HADIAH UTAMA | | | | | | Kategori Universiti | RM 8,000.00 | | | | | Kategori Sekolah Menengah | RM 8,000.00 | | | | | Kategori Institut Pendidikan Guru Malaysia | RM 8,000.00 | | | | | Kategori Badan Beruniform | RM 10,000.00 | | | | | Piala Pusingan Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB |  | Logo Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB (warna biru) dan Piala Pusingan di atas telah diperkenalkan secara rasminya di dalam Majlis Pelancaran Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB 2006 oleh YB Dato’ Mustapa bin Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi pada 24 Mac 2006 di Dewan Besar, Pusat Kesenian & Kebudayaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia. | | | | MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH & PERTANDINGAN AKHIR KUIZ PELABURAN PNB KE 8 (KATEGORI BADAN BERUNIFORM)  Juara Pertandingan Kastam diwakili oleh Pen. Penguasa Sabtuyah Sahrin dan Pembantu Penguatkuasa Moneytawany Alwi diapit oleh Naib Juara ATM dan Ketiga APMM. Hadiah disampaikan oleh YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia pada 9.11.2010 di Dewan Perdana Felda, KL. | |