Carian





 
Email this page   Print page  
Format Pertandingan

Format Pertandingan 

1. Peringkat Kelayakan

  • Peringkat ini dijalankan melalui ujian bertulis yang dijalankan serentak di seluruh negara selama 1 jam.
  • Ujian bertulis ini mengandungi 50 soalan pelbagai pilihan.
  • Para peserta tidak dibenarkan berbincang sesama ahli kumpulan.
  • Ujian ini akan dijalankan di pusat-pusat ujian bertulis yang dikenalpasti oleh Jabatan Pelajaran Negeri.
  • Tarikh Ujian: 9 April 2013.    
  • Masa ujian: 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

 2. Peringkat Separuh Akhir

  • Peringkat ini dijalankan dalam bentuk "gameshow" (sila rujuk laman Gameshow) di Seremban, Negeri Sembilan.
  • Pertandingan dijalankan dalam 4 sesi dan dalam setiap sesi 4 pasukan akan bertanding bagi memilih satu pasukan yang akan ke peringkat akhir. 
  • Tarikh pertandingan: 30 Jun 2013.    
  • Masa pertandingan: 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

 3. Peringkat Akhir

  • Peringkat ini akan dijalankan secara "gameshow" (sila rujuk laman Gameshow).
  • Tarikh Pertandingan: 1 Julai 2013.
  • Masa pertandingan: 9.00 pagi hingga 4.30 petang.

           

Panel Hakim dan Juruaudit 

  • Pertandingan akhir diadili oleh 3 orang hakim iaitu dari pihak PNB, Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK).
  • Seorang juruaudit luar dari pihak Ernst & Young dilantik bagi memantau pertandingan ini.

Top  
 
Hakcipta terpelihara © 2013 Permodalan Nasional Berhad
PNB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dari kandungan laman web ini.