Syarat Penyertaan
1. Terbuka kepada pegawai-pegawai & anggota-anggota beruniform bagi badan yang bertanding
sahaja.
2. Setiap pasukan mestilah mendapat kebenaran dari Pegawai Diberikuasa sebelum mengisi e-borang.
penyertaan;
3. Penyertaan hendaklah dibuat secara online dengan mengisi e-borang;
4. Penyertaan dalam pertandingan ini adalah percuma. Badan-badan beruniform digalakkan mendaftar
seberapa banyak pasukan;
5. Setiap pasukan terdiri daripada 2 orang peserta dari pegawai/anggota beruniform tanpa mengira
pangkat. Kedua-dua peserta mestilah hadir di dalam setiap pertandingan.
6. Mana-mana peserta boleh diganti dengan peserta lain dalam mana-mana peringkat pertandingan
tetapi pengagihan hadiah jika dimenangi menjadi tanggungjawab pasukan berkenaan. Sebarang
pertukaran peserta atau butir-butir peserta mestilah dimaklumkan kepada Urusetia Pertandingan;
7. Kos perjalanan bagi semua peringkat pertandingan adalah mengikut budibicara jabatan para peserta.
PNB akan menyediakan penginapan dan makanan kepada para peserta sahaja yang masuk ke
Peringkat Separuh-Akhir dan Akhir.