Carian





 
Email this page   Print page  
Peraturan Ujian Bertulis

 

1.    Setiap pasukan mestilah mengandungi2 orang peserta tanpa mengira pangkat.

2.    Bagi kehadiran mana-mana pasukan yang tidak berdaftar (walk-in candidate) yakni tidak mengisi
       e-borang penyertaan sebelum ini; tertakluk kepada syarat penyertaan & baki kertas soalan/jawapan, 
       dibenarkan masuk ke dewan untuk menduduki ujian bertulis seperti biasa.

3.    Pasukan yang mempunyai peserta tunggal sebelum jam 10.15 pagi hendaklah duduk di barisan
       belakang atau di luar dewan. Kertas soalan tidak diberikan kepada peserta tunggal berkenaan
       sehingga rakan peserta pasukannya hadir sebelum 10.15 pagi. Sekiranya salah seorang rakan
       pasukannya tidak hadir selepas 10.15 pagi maka pasukan berkenaan dianggap kalah;

4.    Pertukaran peserta dibenarkan sebelum 10.15 pagi;

5.    Sebarang dokumen atau rujukan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam dewan. Peserta yang
       didapati meniru, dengan apacara sekalipun, oleh Pengawas Ujian tidak akan ditegur tetapi Pengawas
       Ujian akan mencatatkan perkataan "peserta ini meniru" di atas kertas jawapannya untuk tindakan
       PNB;

6.    Penggunaan mesin kira-kira/kalkulator dibenarkan;

7.    Ujian ini bermula pada jam 10.00 pagi dengan tempoh menjawab kertas soalan selama 45 minit.

8.    Waktu jam Pengawas Ujian adalah masa rasmi bagi ujian ini. Isyarat mula, dan berakhir menulis
       jawapan mestilah dari Pengawas Ujian sahaja.

9.    Setiap pasukan akan menerima satu set kertas soalan beserta kertas jawapan tertakluk kepada
       Perkara 3 di atas. Kedua-dua peserta dari pasukan yang sama boleh berbincang sesama sendiri 
       untuk menjawab setiap soalan.

10.  Sebanyak 15 unit soalan dengan jawapan pilihan (A, B, C, D) serta 4 frame Sudoku disediakan. 

11.  Para peserta mestilah mematuhi sebarang arahan, syarat & peraturan yang dikenakan oleh pemilik
       pusat ujian ini ketika para peserta berada di dalam dewan atau di sekitar kawasan tertentu yang
       dibenarkan di pusat ini.

- SELAMAT MENCUBA -


Top  
 
Hakcipta terpelihara © 2013 Permodalan Nasional Berhad
PNB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dari kandungan laman web ini.