Carian





 
Email this page   Print page  
Peringkat Separuh Akhir

 

Konsep Umum Gameshow             

(Peringkat Separuh Akhir & Akhir)

 
Terdapat 2 unsur penting dalam gameshow ini iaitu:
 
  1. Papan Portfolio (PP)
  2. Soalan Interaktif (berbentuk objektif)
1) Papan Portfolio (PP)
 
PP merupakan papan yang mengandungi 100 petak bernombor, tersusun dalam 10 barisan dan 10 lajur (sila rujuk Gambarajah A). PP ini akan dipaparkan di atas skrin yang terletak di atas pentas.

Di akhir pertandingan, bilangan petak yang dimiliki peserta akan menentukan pemenang.

Gambarajah A: Ilustrasi Papan Portfolio

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27 28 29 30
31 32 33 34 35 36 37 38 39 40
41 42 43 44 45 46 47 48 49 50
51 52 53 54 55 56 57 58 59 60
61 62 63 64 65 66 67 68 69 70
71 72 73 74 75 76 77 78 79 80
81 82 83 84 85 86 87 88 89 90
91 92 93 94 95 96 97 98 99 100

Secara umumnya, bagi setiap jawapan yang betul, petak pilihan peserta akan bertukar warna mengikut warna kumpulan peserta tersebut (Merah, Biru, Kuning atau Ungu), menandakan mereka telah memiliki petak tersebut. Manakala bagi setiap jawapan yang salah, peserta akan diminta menjual/menyerahkan kembali mana-mana petak mereka berdasarkan tahap risiko yang dipilih (sila rujuk Konsep Terperinci Gameshow).

2) Soalan Interaktif
 

Setiap soalan yang diajukan kepada peserta adalah berbentuk objektif dengan pelbagai pilihan jawapan. Sebelum memilih soalan, peserta diminta memilih tahap risiko yang diingini (bagi Segmen 1 dan Segmen 2 sahaja). Bagi Segmen 3, tahap risiko soalan akan ditentukan oleh pihak penganjur (sila rujuk maklumat lanjut mengenai Segmen 3).

Tahap risiko yang dipilih peserta akan menentukan bilangan petak yang akan diperolehi/diserah kembali oleh peserta seperti berikut:

 
Nombor Tahap Risiko Jawapan Betul Jawapan Salah/Tidak Menjawab
1 Tinggi Peserta boleh memiliki tiga petak Peserta perlu menyerah kembali dua petak
2 Sederhana Peserta boleh memiliki dua petak Peserta perlu menyerah kembali satu petak
3 Rendah Peserta boleh memiliki satu petak Peserta tidak perlu menyerahkan mana-mana petak

Konsep Terperinci Gameshow                                      

(Peringkat Separuh Akhir)

 Gameshow ini terbahagi kepada 3 segmen iaitu:
 
A.        SEGMEN 1: SEGMEN PENGUMPULAN MARKAH INDIVIDU
 
  • Segmen ini mengandungi 3 pusingan, dengan 12 soalan.
  • Setiap peserta akan menjawab 1 soalan mengikut giliran.
  • Perbincangan adalah tidak dibenarkan sesama ahli kumpulan.
  • Setiap soalan perlu dijawab dalam masa:
o       10 saat bagi risiko rendah
o       7 saat bagi risiko sederhana
o       5 saat bagi risiko tinggi
  • Langkah-langkah yang perlu dilalui peserta sebelum menjawab soalan ialah seperti berikut:
    1. Memilih tahap risiko
    2. Memilih mana-mana kotak yang diingini di dalam PP
    3. Memilih soalan yang ingin dijawab berdasarkan nombor yang terpapar di atas skrin
  • Manakala bilangan soalan yang ditawarkan untuk setiap tahap risiko adalah terhad seperti berikut:
    1. Risiko rendah - 10 soalan
    2. Risiko sederhana - 10 soalan
    3. Risiko tinggi - 10 soalan
  • Bagi setiap jawapan yang betul, peserta akan memiliki kotak pilihan mereka, berdasarkan tahap risiko yang dipilih.
  • Bagi setiap soalan yang salah atau tidak dijawab, peserta akan diminta menyerahkan kembali mana-mana kotak yang telah mereka miliki. Akan tetapi, jika peserta masih belum memiliki mana-mana petak, mereka akan diberikan petak berwarna hitam menandakan mereka berhutang petak. Petak berwarna hitam ini akan dipaparkan di atas skrin yang terletak di hadapan meja peserta. Bilangan petak hitam ini bergantung kepada tahap risiko yang dipilih peserta.
  • Soalan yang tidak dijawab dengan betul atau tidak dijawab tidak akan dibuka kepada peserta lain. Jawapan bagi soalan tersebut pula akan dibuka untuk makluman kepada penonton dan peserta.

 

  B.         SEGMEN 2: SEGMEN PENGUMPULAN MARKAH BERKUMPULAN

  • Segmen ini mengandungi 3 pusingan, dengan 12 soalan.
  • Setiap kumpulan akan menjawab 3 soalan mengikut giliran
  • Perbincangan adalah dibenarkan sesama ahli kumpulan.
  • Setiap soalan perlu dijawab dalam masa:
o       10 saat bagi risiko rendah
o       7 saat bagi risiko sederhana
o       5 saat bagi risiko tinggi
  • Langkah-langkah yang perlu dilalui kumpulan sebelum menjawab soalan adalah sama seperti Segmen 1 iaitu:
a. Memilih tahap risiko
b. Memilih mana-mana kotak yang diingini di dalam PP
c.   Memilih soalan yang ingin dijawab berdasarkan nombor yang terpapar di atas skrin
  • Bilangan soalan yang ditawarkan untuk setiap tahap risiko adalah terhad seperti berikut:
a. Risiko rendah - 10 soalan
b. Risiko sederhana - 10 soalan
c.   Risiko tinggi - 10 soalan
  • Bagi setiap jawapan yang betul, kumpulan akan memiliki kotak pilihan mereka, berdasarkan tahap risiko yang dipilih.
  • Bagi setiap soalan yang salah atau tidak dijawab, kumpulan akan diminta menyerahkan kembali mana-mana kotak yang telah mereka miliki. Akan tetapi, jika kumpulan masih belum memiliki mana-mana petak, mereka akan diberikan petak berwarna hitam menandakan mereka berhutang petak. Petak berwarna hitam ini akan dipaparkan di atas skrin yang terletak di hadapan meja kumpulan. Bilangan petak hitam ini bergantung kepada tahap risiko yang dipilih kumpulan.
  • Soalan yang tidak dijawab dengan betul atau tidak dijawab tidak akan dibuka kepada kumpulan lain. Jawapan bagi soalan tersebut pula akan dibuka untuk makluman kepada penonton dan peserta.

 

C.        SEGMEN 3: SEGMEN SIAPA CEPAT

 
  • Segmen ini hanya mengandungi 1 pusingan, dengan 20 soalan.
  • Langkah-langkah yang perlu dilalui peserta untuk menjawab soalan adalah berbeza dengan Segmen 1 dan Segmen 2.
  • Dalam segmen ini, peserta perlu menekan “buzzer” bagi menjawab soalan yang diajukan oleh jurukuiz.
  • Kumpulan yang menekan “buzzer” terlebih dahulu akan menjawab soalan tersebut.
  • Dalam segmen ini peserta tidak perlu memilih tahap risiko. Tahap risiko soalan adalah ditentukan oleh pihak penganjur.
  • Sekiranya “buzzer” telah ditekan, peserta perlu terus menjawab soalan dalam masa:
o       10 saat bagi risiko rendah
o       7 saat bagi risiko sederhana
o       5 saat bagi risiko tinggi
  • Bagi setiap jawapan yang betul, peserta akan diberikan kotak pilihan mereka, berdasarkan tahap risiko soalan.
  • Bagi setiap soalan yang salah atau tidak dijawab, peserta akan diminta menyerahkan kembali mana-mana kotak yang telah mereka miliki. Akan tetapi, jika peserta masih belum memiliki mana-mana petak, mereka akan diberikan petak berwarna hitam (bilangan petak hitam ini bergantung kepada tahap risiko) menandakan mereka berhutang petak.
  • Soalan yang tidak dijawab dengan betul atau tidak dijawab tidak akan dibuka kepada peserta lain.

 

'Strike'

 
'Strike' merupakan satu keadaan apabila peserta berjaya memiliki lima (5) kotak sebaris samada secara melintang, menegak atau menyendeng. (Sila rujuk Gambarajah B).
 
Apabila keadaan ini berlaku, peserta tersebut akan ditawarkan dua pilihan seperti berikut:
 
1.      Peserta boleh memilih mana-mana mana petak (satu petak sahaja) dan memiliki petak tersebut

2.      Peserta boleh mengambil-alih mana-mana petak lawan (satu petak sahaja).

Gambarajah B: Ilustrasi ‘Strike’

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27 28 29 30
31 32 33 34 35 36 37 38 39 40
41 42 43 44 45 46 47 48 49 50
51 52 53 54 55 56 57 58 59 60
61 62 63 64 65 66 67 68 69 70
71 72 73 74 75 76 77 78 79 80
81 82 83 84 85 86 87 88 89 90
91 92 93 94 95 96 97 98 99 100

        Dengan mendapat ‘strike’, peserta akan mendapat hak milik kekal bagi petak-petak yang membentuk ‘strike’ tersebut. Ini bermaksud kumpulan lain tidak boleh mengambil-alih petak-petak ini dan petak-petak juga tidak boleh dipulangkan sekiranya kumpulan yang memilikinya tidak menjawab soalan atau memberikan jawapan yang salah bagi tahap risiko sederhana atau tinggi.

        Peraturan strike di atas terpakai bagi Segmen 1, Segmen 2 dan Segmen 3. Setiap kumpulan adalah digalakkan merancang strategi mereka bagi mendapatkan 'strike'.

Petak Misteri 

Di dalam PP terdapat 10 petak misteri. Kedudukan petak-petak ini ditentukan oleh pihak penganjur dan peserta tidak mengetahui kedudukannya. Jika peserta berjaya menjawab soalan dengan betul dan petak pilihan mereka merupakan petak misteri, mereka akan ditawarkan dua pilihan seperti berikut:
 
1.   Peserta boleh memilih mana-mana mana petak (satu petak sahaja) dan memiliki petak tersebut
2.   Peserta boleh mengambil-alih mana-mana petak lawan (satu petak sahaja)
 
Peraturan petak misteri di atas juga terpakai bagi Segmen 1, Segmen 2 dan Segmen 3.
 
 
 
 
 

Top  
 
Hakcipta terpelihara © 2013 Permodalan Nasional Berhad
PNB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dari kandungan laman web ini.