Carian





 
Email this page   Print page  
Skop Topik & Contoh Soalan

 

   Bil   

Topik

Peratus


  1


PNB & Kumpulan PNB merangkumi produk-produk, perkhidmatan, aktiviti pelaburan dan CSR

  30   

  2


Perancangan Kewangan merangkumi sistem percukaian, insuran/takaful, faraid dan zakat 

  25  

     3 Perbankan Islam/konvensional dan pelaburan merangkumi unit-unit amanah, simpanan dan pasaran modal       25
     4 Ekonomi asas, perdagangan, perakaunan dan 1Malaysia      20

 
 CONTOH-CONTOH SOALAN

KATEGORI: RISIKO RENDAH
Masa : 5 saat


  Cth:1-   Permodalan Nasional Berhad adalah anak syarikat milik penuh?  

                A. Majlis Tindakan Ekonomi Negara

                B. Yayasan Pelaburan Bumiputra

                C. Yayasan Perkhidmatan Bumiputera

                D. Yayasan Tun Ismail Mohd Ali

                Sumber: Laporan Tahunan 2003

  Cth:2-   Berikut adalah maklumat am ASN 3, kecuali...

                A. Pelaburan permulaan minumum: Buku Pelaburan = 100 unit:

                B. Pelaburan permulaan minimum: Skim Pelaburan Ahli KWSP =
                    1,000 unit

                C. Pelaburan maksimum individu: 500,000 unit

                    [Jawapan sebenar ialah tiada had]

                D. Pelaburan tambahan minimum Buku Pelaburan: 1 unit             



KATEGORI: RISIKO SEDERHANA
Masa : 7 saat


  Cth:1-  Kadar faedah minimum dikira oleh institusi kewangan berdasarkan formula yang mengambil kira
              kos dana serta lain-lain kos pentadbiran.

                A. Kadar Sama Rata

                B. Kadar Faedah Terapung

                C. Kadar Pinjaman Asas

                D. Tahap Faedah Semasa

                Sumber: www.bnm.gov.my

  Cth:2-   Sebelum melabur dalam unit amanah, seseorang hendaklah terlebih dahulu memahami isi
                kandungan di dalam...

                A. Buku Program

                B. Katalog

                C. Prospektus

                D. Indeks pengguna

               Sumber: Prospektus Induk ASNB; 30.6.20


KATEGORI: RISIKO TINGGI
Masa : 10 saat


  Cth:1-  Berikut adalah ciri-ciri pinjaman Qardhul Hasan, kecuali...

               A. pinjaman tanpa faedah

               B. tujuan kebajikan

               C. bayar balik atas nilai pokok

               D. dua orang penjamin

               Sumber: www.bankislam.com.my

  Cth:2-  Chong ingin melabur di dalam sebuah tabung unit amanah. NAB seunit bagi tabung tersebut
              ialah RM0.60 manakala caj perkhidmatan permulaan (CPP) ialah 5%. Jika Chong merancang
              melanggan 5,000 unit dari tabung tersebut, berapakah wang tunai yang harus beliau sediakan?

               A. RM1500

               B. RM1750

               C. RM2550

               D. RM3150

               
               Jalan penyelesaian 
               Amaun pelaburan sebenar = Amaun dilaburkan/(1+CPP)        
               (x/1.05)/0.60=5000 
               (x/1.05)=3000 
                x = 3000 x 1.05 = RM3150


Top  
 
Hakcipta terpelihara © 2013 Permodalan Nasional Berhad
PNB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dari kandungan laman web ini.