No. | Soalan | Jawapan |
| 1 | Apakah syarat-syarat peryertaan dalam pertandingan ini? | Anda mestilah seorang pegawai atau anggota yang masih dengan salah satu dari 12 badan beruniform yang berdaftar dengan PNB-iQuiz ini. Sila rujuk Syarat-Syarat Penyertaan dalam web ini. |
| 2 | Bagaimanakah cara untuk menyertai pertandingan ini? | Anda dan seorang rakan dari agensi yang sama mestilah mengisi e-Borang Penyertaan dalam web ini sebagai sebuah pasukan. Pastikan penyertaan anda dan rakan anda dipersetujui oleh Pegawai Yang Diberikuasa. Baca Syarat-Syarat Penyertaan sebelum mengisi e-borang. |
| 3 | Bagaimanakah cara untuk mendaftar sebagai peserta bagi mereka yang tiada kemudahan atau akses internet? | Hubungi Urusetia Pertandingan bagi mendapatkan borang penyertaan. |
| 4 | Bilakah calon boleh memohon menyertai pertandingan ini? | Bulan Januari setiap tahun. |
| 5 | Perlukah saya menunggu surat pengesahan penyertaan dari PNB setelah pendaftaraan penyertaan kuiz dibuat menerusi eBorang? | (i) Tidak perlu. Peserta bolehlah terus ke pusat-pusat ujian pilihan masing-masing selepas pendaftaran dibuat dengan membawa Kod Ujian yang dijana oleh komputer selepas membuat pendaftaran online; (ii) Surat pengesahan hanya dikeluarkan kepada peserta yang menang dalam mana-mana peringkat saringan sebagai rujukan dan untuk mendapatkan pelepasan dari ketua masing-masing; |
| 6 | Bolehkan peserta bukan-Bumiputera menyertai pertandingan ini? | Boleh. Malahan PNB telah lama membuka peluang melabur kepada bukan-Bumiputera untuk melabur dalam tabung- tabung unit amanah seperti ASG, ASM, ASW2020, semua tabung di bawah AMB serta AHP & AHP1. |
| 7 | Saya belum melabur dalam mana-mana tabung unit amanah ASNB. Bolehkah saya menyertai pertandingan ini? | Boleh. |
| 8 | Bagaimanakah cara untuk saya menarik diri dari penyertaan setelah pendaftaraan dibuat? | Penyertaan adalah percuma. |
| 9 | Bagaimanakah cara untuk saya menarik diri dari penyertaan setelah pendaftaraan dibuat? | Hubungi Urusetia Pertandingan dan maklumkan butir-butir pengganti anda. Pasukan yang mempunyai seorang peserta tidak dibenarkan bertanding. |
| 10 | Bolehkah sebuah pasukan dari ATM diwakili oleh peserta dari cabang perkhidmatan Laut, Udara atau Darat? | Boleh bergabung dan mestilah mengandungi dua orang peserta sepasukan. |
| 11 | Apakah tahap pengetahuan & kelayakan yang diperlukan supaya dapat membantu peserta menjawab soalan-soalan kuiz? | Tahap pengetahuan bergantung kepada kegigihan anda mengulangkaji Skop & Pecahan Topik. Kelayakan akademik sekurang-kurangnya SPM dapat membantu anda. |
| 12 | Di manakah ujian bertulis akan diadakan? | Ujian diadakan di lebih 30 pusat seluruh negara. Sila rujuk Pusat Ujian dalam web ini. |
| 13 | Apakah persedian yang perlu dilakukan oleh peserta sebelum menghadiri ujian bertulis? | (i) Ulangkaji Skop & Pecahan Topik; (ii) bawa K/P & Kod Ujian, pen berwarna hitam & kalkulator biasa, dan (iii) memakai uniform. |
| 14 | Berapa lamakah ujian bertulis dijalankan dan berapakah bilangan soalan kuiz? | Selama 45 minit. Bilangan soalan ialah 40 unit. |
| 15 | Apakah bentuk soalan kuiz? | Jawapan pilihan atau objektif (A,B,C,D) |
| 16 | Di manakah pesrta boleh mendapatkan contoh- contoh soalan kuiz? | Sila rujuk Contoh-Contoh Soalan dalam web ini. |
| 17 | Adakah pasukan yang berjaya di peringkat ujian bertulis dipilih berdasarkan markah tertinggi salah seorang peserta atau markah purata pasukan yang tertinggi? | Pemilihan dibuat berdasarkan markah tertinggi dari sebuah pasukan. Untuk makluman, satu set kertas soalan akan diberikan kepada sebuah pasukan untuk berkongsi menjawab soalan. Kedua-dua peserta dalam pasukan yang sama boleh berbincang. |
| 18 | Saya pernah menyertai pertandingan ini dan mendapati soalah-soalan kuiz PNB-iQuiz agak sukar? | Para finalis di peringkat akhir juga menghadapi masalah yang serupa di awal pertandingan. Tetapi mereka berjaya ke peringkat akhir kerana memahami konsep soalan & senarionya setelah melalui setiap saringan di samping bijak menggunakan strategi perlawanan. |
| 19 | Jika saya memenangi hadiah dalam pertandingan ini, perlukah saya menyerahkan sebahagian dari hadiah tersebut kepada agensi di mana saya bertugas? | Bergantung kepada polisi, perintah atau peraturan yang digunapakai oleh agensi anda, jika ada. |
| 20 | Mengapakah pemenang kuiz diberikan hadiah dalam bentuk unit amanah dari amanah Saham Gemilang - Persaraan dan bukan dalam bentuk wang tunai? | Hadiah Bonus yang dimenangi di peringkat saringan dibayar secara tunai manakala Hadiah Utama di peringkat akhir dibayar dalam bentuk unit-unit amanah ASG sebagai galakan melabur. |
| 21 | Adakah PNB membiayai kos perjalanan atau pengangkutan peserta dalam mana-mana pertandingan | Kos perjalanan bagi semua peringkat pertandingan adalah mengikut budibicara jabatan para peserta. PNB hanya menyediakan penginapan dan makanan kepada para peserta. PNB hanya menyediakan penginapan dan makanan kepada para peserta sahaja yang masuk ke Peringkat Separuh - Akhir dan Akhir. |
| 22 | Bolehkah saya menarik diri dalam mana-mana peringkat saringan? | Seperti jawapan No.9 di atas. |
| 23 | Bolehkah pelatih di pusat latihan dibawah badan- badan beruniform seperti PULAPOL, PULADA, Akademi Kastam, kolej jururawat kerajaan, Akademi Bomba dan sebagainya menyertai kuiz ini? | Boleh dengan syarat pelatih mestilah sepenuh masa dan akan diserapkan ke dalam perkhidmatan bila tamat latihan. |
| 24 | Apakah kriteria yang digunapakai oleh PNB-iQuiz dalam memilih badan beruniform menyertai kuiz ini? | Kecuali jururawat, antara kriteria yang digunapakai ialah agensi berkenaan mestilah (i) mempunyai bilangan penguatkuasa undang-undang melebihi 500 orang, (ii) terdiri daripada pegawai-pegawai & anggota-anggota tetap (iii) beruniform semasa menjalankan tugas, dan (iv) bergaji tetap. |
| 25 | Bolehkah peserta yang tewas di saringan awal menggantikan peserta lain di mana-mana peringkat saringan seterusnya? | Boleh. |
| 26 | Bolehkah juara termasuk finalis bagi tahun lepas menyertai semula pertandingan ini? | Boleh. |
| 27 | Adakah PNB bercadang untuk menambah bilangan penyertaan badan beruniform di masa depan? | PNB belum bercadang berbuat demikian kerana 12 buah agensi (atau 24 orang peserta) sudahpun memenuhi ruang pentas semasa Peringkat Akhir dijalankan. |
| 28 | Jika terdapat ramai penyertaan dari sebuah pejabat, balai, kem, klinik, pusat latihan dan sebagainya. Bolehkah premis itu dijadikan pusat ujian bertulis? | Boleh tetapi dengan syarat, pusat tersebut mestilah (i) mempunyai bilangan penyertaan melebihi 5 pasukan (ii) melantik seorang Pengawas Ujian (iii) membenarkan peserta dari badan-badan lain mengambil ujian di pusat tersebut. |
| 29 | Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat tambahan selain rujukan yang terkandung di dalam web ini? | Anda digalakan menghubungi Pejabat ASNB Negeri yang berhampiran dan/atau Jabatan Perjhidmatan Pelanggan & Ejen di Hotline 03 - 2057 3000/3111 atau emel: asnbcare@pnb.com.my |
| 30 | Jika saya dipindahkan ke tempat lain, bolehkah saya menukar pusat ujian? | Boleh dan dengan syarat anda atau rakan pasukan yang anda tinggalkan itu mestilah menghubungi Urusetia Pertandingan dan nyatakan butir-butir peserta pengganti. Anda boleh menubuhkan pasukan baru di pusat ujian baru pilihan anda sebelum tarikh tutup permohonan. |
| 31 | Mengapakah PNB-iQuiz mengemukakan soalan-soalan kuiz tentang Ilmuwan Islam yang tiada kaitan dengan ilmu pelaburan? | Ilmuwan Islam yang disiarkan di TV3 merupakan program keislaman yang ditaja sepenuhnya oleh PNB. |
| 32 | Adakah system pertandingan ini akan berkesudahan dengan 3,5 atau 8 badan yang bertanding di Peringkat Akhir berbanding 12 badan yang menyertai? | Peringkat Akhir akan melibatkan semua 12 badan beruniform. Setiap badan beruniform akan diwakili oleh sebuah pasukan terbaik atau Juara Badan masing-masing yang menang di peringkat Separuh-Akhir. |
| 33 | Bolehkah mana-mana premis awam & swasta termasuk badan yang bertanding menawarkan bilik/dewan kepada PNB-iQuiz untuk dijadikan sebagai pusat pertandingan bagi ujian bertulis dan gameshow? | PNB amat mengalukan-alukan tawaran seperti ini. Tawaran bolehlah diajukan kepada Urusetia Pertandingan. Jawapan No. 28 ada kaitan. |
| 34 | Jika saya salah seorang finalis pertandingan ini bolehkan saya menjadi penasihat unit-unit amanah dan pelaburan kepada kenalan saya? | Tidak boleh. PNB-iQuiz bertujuan untuk menguji tahap pengetahuan anda supaya anda dapat menilai samada anda seorang pelabur bijak. Penasihat atau agen unit amanah mestilah mempunyai lesen FMUTM. |
| 35 | Bagaimanakah struktur saringan dijalankan? | Ujian Bertulis: Sebuah pasukan dari badan yang sama di setiap negeri yang mendapat markah tertinggi yakni Juara Negeri layak ke peringkat Suku-akhir;Suku Akhir: Juara-Juara Negeri ( e.g Kedah, Perlis & P Pinang bagi Zon Utara ) akan bersaing dan sebuah pasukan yang menang yakni Juara Zon akan ke peringkat Separuh Akhir: Juara-Juara zon ( 6 zon ) dari badan yang sama akan bersaing dan sebuah pasukan yang menang yakni Juara Badan akan ke Peringkat Akhir: Pertandingan antara badan. Juara dari setiap 12 badan akan bersaing bagi penentuan Johan PNB-iQuiz. |
| 36 | Berapakah bilangan pasukan yang boleh disertai oleh setiap agensi yang bertanding? | Tiada had. |
| 37 | Adakah peserta diberikan perlindungan insurans dalam mana-mana peringkat saringan? | Insurans sediada oleh premis di mana pertandingan dijalankan, jika ada. |
| 38 | Bolehkah pegawai/anggota tetap bertanding dengan seorang pelatih sebagai sebuah pasukan dalam pertandingan ini? | Boleh. |
| 39 | Adakah PNB-iQuiz memberikan sijil penyertaan kepada para peserta? | Setiap peserta akan diberikan sijil penyertaan setelah tamat Peringkat Akhir dijalankan. Hubungi Urusetia Pertandingan jika bertukar alamat. |
| 40 | Jika terdapat ramai peserta dalam sesebuah pejabat, kem, balai, klinik, stesen dan sebagainya. Bolehkah pegawai PNB datang untuk memberikan taklimat tentang unit-unit amanah? | Boleh. Sila hubungi Pejabat ASNB Negeri yang berhampiran. |
| 41 | Apakah manfaat yang PNB perolehi dari penganjuran pertandingan kuiz ini? | Manfaat kepada PNB tidaklah penting sebaliknya keutamaan PNB adalah untuk memastikan program-program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dirancang setiap tahun seperti PNB-iQuiz dan MSAM dinikmati oleh rakyat negara ini. |
| 42 | Bolehkah keluarga dan kenalan saya menonton pertandingan ini? | PNB mengajak malah menggalakan sesiapa sahaja untuk hadir menonton pertandingan ini di pusat-pusat pertandingan. Ini adah kerana soalan ? soalan kuiz yang dipamerkan di atas skrin besar boleh membantu pemahaman hadirin tentang industri pelaburan. |
| 43 | Di samping PNB-iQuiz, apakah program-program kuiz lain yang dianjurkan oleh PNB? | e-Kuiz MSAM melalui internet. Kuiz Pelabur Bijak, dan e-Peraduan dikendalikan di negeri di mana Pameran MSAM dianjurkan |
| 44 | Bilakah PNB-iQuiz kategori badan beruniform ini mula dianjurkan oleh PNB? | Mula diadakan pada tahun 2003. |
| 45 | Siapakah penganjur PNB-iQuiz? | PNB adalah penganjur program ini dan dikendalikan oleh sebuah unit dibawah PNB iaitu Unit Minggu Saham Amanah Malaysia ( Unit MSAM ). |
| 46 | Apakah faedah yang saya perolehi kerana menyertai pertandingan ini? | 1. Pendedahan asas dalam dunia pelaburan, kewangan, perbankan, takaful dan sebagainya bagi membantu anda menjadi seorang pelabur bijak; 2. Memahami operasi & peranan sebenar PNB dalam usahanya untuk ekonomi masyarakat Bumiputera khususnya dan menyumbang ke arah pertumbuhan dan kemakmuran negara; untuk manfaat seluruh rakyat Malaysia; 3. Melebarkan networking dengan pegawai-pegawai dan anggota-anggota dari badan-badan lain yang bertanding. |